Wednesday 20 February 2013

KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Kepada: Semua Guru-Guru

Kepada guru-guru yang berminat untuk berkhidmat di PUSAT KEGIATAN GURU, anda dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut di beberapa tempat di PKG seluruh Perak. Tawaran ini terbuka untuk semua guru DGA29/DGA32KUP sahaja.

KEKOSONGAN :
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG DATO PANGLIMA KINTA
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG GOPENG
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG BATU GAJAH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG SUNGKAI
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG BIDOR
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG KAMPONG GAJAH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG TANJUNG TUALANG
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DGA29/DGA32KUP : PKG SEBERANG PERAK

Thursday 14 February 2013

HAMPIR 6 BULAN DIBINA : HAMPIR 2000 PELAWAT

ALHAMDULILLAH...

Syukur kepada Allah Maha Pentadbir Sekalian Alam... Yang mana telah mengizinkan blog ini dibina dan dibangunkan sejak 31 Julai 2012 sehingga sekarang dengan kerjasama staf PKG Sungai Pari dan segala kerjasama staf-staf PKG Kinta Utara dan seluruh guru-guru yang mengajar di dalam Daerah Kinta Utara khasnya di Zon Kelompok PKG Sungai Pari yang sentiasa memberikan sokongan yang kuat dan padu dalam memajukan laman blog ini. Dengan perkongsian rakan-rakan maya yang lain bahan-bahan yang anda muatnaikkan dapat dikongsi bersama dengan semua rakan guru di Malaysia dan dunia.

Berikut adalah statistik blog ini yang terkini:





PERKONGSIAN PINTAR : BLOG CIKGU SYAZALINA

TERIMA KASIH

Kepada Cikgu Syazalina, kami mengucapkan jutaan terima kasih atas perkongsian bahan-bahan yang amat berguna dalam membantu guru-guru kami di PKG Sungai Pari, Ipoh, Perak. Blog cikgu ini banyak memberikan input-input yang berguna.. Teruskan usaha cikgu dalam membudayakan IT - Information Technology di dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.

Inilah contoh seorang guru yang Bestari....

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut:

JADUAL HARI KELEPASAN
http://syazalina83.blogspot.com/2012/10/jadual-hari-kelepasan-am-2013.html
CONTOH BILIK PBS TERBAIK
http://syazalina83.blogspot.com/2012/10/bilik-pbs-terbaik-2012-ppdpu.html
JADUAL PEMBAYARAN GAJI
http://syazalina83.blogspot.com/2012/12/jadual-pembayaran-gaji-tahun-2013.html
TAKWIM PERSEKOLAHAN
http://syazalina83.blogspot.com/2012/12/takwim-penggal-persekolahan-2013.html
DSK KSSR TAHAP 1
http://syazalina83.blogspot.com/2013/01/dsk-kssr-tahap-1-terkini.html
LAGU KSSR TAHUN 3
http://syazalina83.blogspot.com/2013/01/lagu-kssr-dunia-muzik-tahun-3.html

Thursday 7 February 2013

ONLY IN MALAYSIA

THE THINGS THAT YOU CAN FIND ONLY IN MALAYSIA....

MACAM-MACAM PERANGAI DALAM MALAYSIA NI...KAN?

HAPPY CHINESE NEW YEAR : DON'T FORGET YOUR PARENT...GO HOME...

PLEASE DON'T FORGET YOUR PARENT..GET YOURSELF ON THE WAY HOME..MEET YOUR PARENT, ANYWAY IT IS CHINESE NEW YEAR, MAAAAA..

TIDAK KIRA DIMANA PUN KITA, APA PANGKAT KITA, BERAPA PENDAPATAN KITA... JIKA TIADA MEREKA (IBUBAPA) SIAPALAH KITA...

KAMI DI PKG SUNGAI PARI MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA GURU-GURU TIONGHUA..

DENGAN UCAPAN : BALIK LA KAMPUNG...HATI-HATI DI JALAN RAYA..

BAHAN PdP TERBARU : GAMBAR ANATOMI MANUSIA (LELAKI & PEREMPUAN) 3D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kami di pihak PKG Sungai Pari telah berusaha mencari bahan yang diminta oleh beberapa guru Sains, Biologi dan beberapa guru PJK yang memohon kami mencari gambar-gambar anatomi, otot dan sebagainya dalam bentuk 3D untuk digunakan di dalam kelas sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran.

Oleh yang demikian kami telah pun memuatnaik bahan-bahan tersebut untuk membantu guru-guru sekalian, semoga dengan usaha kami ini dapat membantu guru-guru meringankan sedikit beban tuan dan puan. Semoga PdP tuan dan puan mencapai tahap maksima kecemerlangannya dengan bantuan bahan-bahan ini.

SILA DAPATKAN DI LINK: http://www.4shared.com/folder/hjdxmx3T/GAMBAR_PELBAGAI.html

Sekian,

Yang menjalankan tugas,

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
KETUA PKG
PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI

SUMBER DARI EMEL : KISAH BENAR... PERINGATAN KEPADA GURU-GURU DALAM PERJALANAN JAUH

PERINGATAN ... JANGAN SAMPAI ISTERI DAN ANAK DICULIK SEMASA ANDA KELUAR KERETA MEMBELI MINUMAN DI R&R

Berhati-hati di R&R

Kongsi Entri Hangat Ini Dengan kawan2..

Sekadar berkongsi kejadian yang menimpa adik ipar saya baru2 ini.

Seperti biasa pada hari jumaat selepas pulang dari pejabat, si suami jika tidak pulang ke kampong sendiri di Perak akan mengajak isterinya pulang ke Gelang Patah (kampung sebelah isteri).

Lebih kurang pukul 8.30 mlm kereta pun dipandu dengan penuh cermat menelusuri lebuhraya Plus menghala ke Johor Bahru.

Di dalam kereta, isteri serta anak yang masih kecil duduk dibelakang (mudah bagi si ibu menyusukan anak yang baru berumur beberapa bulan) manakala anak yang sulung duduk disebelah ayah. (menemani ayah memandu barangkali)

Disebabkan mata mulai layu (lebih kurang pukul 11.00 malam), si suami tadi pun exit sebentar di R&R Simpang Renggam untuk membeli minuman di Petronas yang ada di R&R berkenaan.

Sejurus perking kereta di dalam kawasan Petronas, disebabkan terlalu mengantuk si suami pun terus keluar dari kereta tanpa mengejutkan isteri serta anak yang sedang nyenyak tidur. Barangkali hanya untuk seketika pergi membeli minuman, kereta yang ditinggalkan tidak pula dikunci pintunya dan enjin juga dibiarkan hidup kerana air-cond masih terpasang. Diletakkan di dalam kawasan Petronas yang terang benderang meyakinkan lagi si suami tentang keselamatan keluarga yang ditinggalkan buat seketika.

Pada ketika ini sesuatu yang tidak dijangka berlaku……

Semasa si suami sibuk membeli minuman, seorang lelaki berbangsa Cina menuru masuk ke dalam kereta lalu menghempas kuat pintu menyebabkan si isteri yang sedang tidur tadi terjaga sebab kebiasaannya suami tidak tutup pintu sekuat itu.

Kereta terus dipecut laju meninggalkan suami yang masih belum menyedari isteri serta anak-anak kesayangan telah dilarikan suspek. Manakala isteri menjerit sekuat hati meminta mereka dilepaskan dan anak sulung yang duduk di depan menangis ketakutan.

Suspek yang berang dek tangisan anak tadi menumbuk dada anak supaya dia diam. Disebabkan sakit akibat tumbukan yang kuat anak kecil tadi meluru mendapatkan ibunya di belakang sambil menangis teresak-esak.

Si suami yang baru menyedari keretanya tiada ditempat mula-mula dia parking, segera mengelilingi petronas mengangkakan si isteri telah mengubahnya ke tempat yang lain. Apabila menyedari kereta memang tiada, si suami segera meminta tolong kakitangan
petronas yang ada di situ. Dan si suami segera menelefon isteri tapi tak dijawab.

Beberapa ketika kemudian isteri membuat panggilan senyap-senyap dari tempat duduk belakang suspek. Bagi mengelakkan panggilan itu disedari suspek, sambil telefon bersambung dengan suami, si isteri tidak meminta tolong daripada suami melalui telefon tetapi menjerit meminta tolong daripada suspek supaya dilepaskan mereka anak-beranak sambil menyebut setiap lokasi yang dilalui menerusi papan tanda yang tertera di lebuhraya. Mujur ketua stesen petronas ada ketika itu lalu meminjamkan keretanya kepada si suami untuk mengejar kereta yang dilarikan tadi. Sambil memandu talian masih bersambung dengan isteri bagi menjejaki lokasi pada ketika itu.

Apabila sampai di tol Machap, suspek meminta duit daripada isteri untuk membayar tol tapi isteri memberitahu duit semuanya ada pada suami. Sambil membuka tingkap kereta isteri tadi menjerit kepada jurutol memberitahu dia diculik. Tapi malangnya tanpa perlu membayar duit tiket tol, palang dibuka oleh jurutol. Mungkin jurutol pun turut panik…..agaknya

Sejurus melepasi tol, suspek memperlahankan kenderaan sambil memberitahu dia akan melepaskan si isteri tapi ingin mengambil anaknya untuk dijual bersama kenderaan yang dirampas. Selepas kereta diberhentikan, suspek menempik kepada si isteri supaya cepat keluar sambil tangan suspek mencapai anak sulung tadi.

Maka berlaku pergelutan antara isteri dan suspek untuk merebut anak yang cuba dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. Dengan kuasa Allah swt, kereta yang diparking ditepi jalan tadi bergerak perlahan-lahan mungkin disebabkan keadaan jalan yang sedikit curam.

Apabila melihatkan kereta yang hendak dicuri bergerak dengan sendirinya, suspek segera melepaskan tangan anak kecil tadi lalu meluru mendapatkan kereta. Seketika kemudian kereta pun dipecut laju meninggalkan isteri dan anak-anak yang baru sahaja sejengkal terlepas daripada bahaya.

Ini hanyalah secebis kisah benar yang berlaku baru-baru ini yang telah menimpa ahli keluarga saya. Sekadar peringatan kepada kita semua :


i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan

iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan
(boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan

vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita

viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) – Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din)

Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa Berwaspada sepanjang perjalanan…. Untuk makluman kejadian berlaku pada 5.10.2012 baru-baru ini (11.30 malam : R&R Simpang Renggam)