Thursday 29 August 2013

SAJAK SAMBUTAN KEMERDEKAAN : BUMI PESAKA GELANGGANG KITA

BUMI PESAKA GELANGGANG KITA

Bumi Pesaka Sempat Merakamkan Sejahtera Bangsa
Lima Puluh Enam Tahun Singgah Kemilau Ogos Itu
Laungan Kata Sakti Bergema Lagi
   MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
     MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
       MERDEKA!

Berlari Bersama Angin Pembangunan Menerjah
Di Rusuk-Rusuk Liku Merujuh Setiap Lubang
Terpokah Di Bumi Pesaka Ini

Kalau Moyang-Poyang Membajai Bumi Keramat Ini
Dengan Darah Dan Keringat
Atas Nama Pesaka Dan Kitalah Warasanya
Sempurnakah Amat Kita Dengan Hanya
Laungan Kata Sakti Ogos Itu?
Semadi Mereka Mentah Senyalir Tawarikh
    Biar Episod Duka Tidak Berulang
    Biar Rintisan Maju Tanpa Penghalang
    Biar Kibaran Jaya Terus Dijulang
Semadi Mereka Mengurniakan Mohor Kebanggaan.

Kita Tebas Segala Dongeng Dogma Yang Melalangi Minda
Dengan Tiupan Roh Semangat Patriot Dan
Kita Makamkan Kesumat Yang Memayatkan Rasa Kekitaan
Agar Kita Tidak Hanya Juara Sorak-Sorai
Dan Gembar-Gembur Impian Indah Lagi Segar.

Biar Bumi Pesaka Ini Terus Menjadi Saksi
Tumbuh Bangsa Ampuh Melaung Lantang
Mencetus Idea Di Pentas-Pentas Demokrasi
    Yang Gagah Mengungkapi Aspirasi Pejuang
    Yang Mampu Mengulangi Tradisi Cemerlang
    Yang Betah Menangani Visi Gemilang
Bumi Pesaka Ini Adalah Gelanggang Terbaik Buat Kita.

AKAN DISAMPAIKAN DI MALAM AMBANG KEMERDEKAAN OLEH:
ENCIK MOHD. SUHAIMI BIN HAJI ZUBIR 
PUSAT KEGIATAN GURU TALANG

BELIAU JUGA ADALAH PENCERAMAH PENULISAN KREATIF
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SILA HUBUNGI : PUSAT KEGIATAN GURU TALANG, KUALA KANGSAR

Thursday 15 August 2013

ORANG MALAYSIA SUKA GONCANG BAYI

GURAUAN dengan menimang bayi mungkin dianggap satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.

Terdapat juga mereka suka bergurau dengan melompat bersama bayi. Namun tahukah anda, perkara ini tanpa disedari boleh membawa padah pada bayi anda?

Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd. Nor, walaupun perkara ini dianggap sebagai satu gurauan dan cara bermain dengan bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi.

"Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang selalunya berlaku pada ibu bapa atau golongan dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom (SBS). "Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah. "Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap bayi seperti sawan. 

Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibat sawan kekal pada bayi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Selain itu, sindrom ini turut mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kematian. SBS kerap berlaku pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan kekerapan sindrom berlaku pada kanak-kanak yang berusia setahun ke bawah iaitu pada bayi.

Ujarnya lagi, hayunan buaian semasa menidurkan bayi turut berisiko berlakunya sindrom ini tanpa disedari.
"Hayunan yang kuat akan mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena hentakan pada objek sekeliling. "Goncangan yang terlalu kuat juga mengakibatkan kecederaan pada bayi disifatkan sebagai salah satu penderaan kanak-kanak," ujarnya.

SBS selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dan banyak kes dikesan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah. Dikatakan pada usia ini kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.

"Hentakan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak. "Berlakunya pendarahan pada otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi," katanya.


SUMBER: 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130103/ke_05/Bahaya-goncang-bayi#ixzz2c6NtmCQQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 






CARA YANG BETUL MENDODOI ANAK :




JANGAN KEJUT ANAK ANDA DENGAN NYANYIAN ANDA YANG SUMBANG :


SENAM SENI : SATU LAGI CARA MENJAGA KESIHATAN SECARA SANTAI

Senam Seni Malaysia ialah senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum termasuk etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Gerakan yang dilakukan termasuk  aspek pemanasan, regangan, aktiviti kardiovaskular, penyejukan badan dan gerakan singkat. Senaman itu bertindak sebagai serampang dua mata iaitu menjaga kesihatan dan memulihara warisan budaya.
Objektif utama aktiviti itu ialah untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman. Ia amat baik untuk mempromosikan amalan penjagaan kesihatan dan mengharmonikan masyarakat Malaysia melalui penyertaan pelbagai kaum di dalam aktiviti berkenaan.
Aktiviti fizikal berdasarkan seni dan tarian rakyat memberi makna besar kepada usaha pembangunan dan penghayatan seni budaya tempatan. Senam Seni Malaysia telah membuktikan kesenian tradisional rakyat boleh diguna pakai dalam apa jua perkara.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti Senam Seni ini sila hubungi : ABANG ZAINAL atau Encik Zainal Ariffin PTP PKG Kota Lama Kanan...



ULANG TAHUN PERTAMA LAMAN BLOG BAHAN MENGAJAR PKG SUNGAI PARI

Sejak mula dibina pada Julai 2012 dan disebar luas pada Ogos 2012, Laman ini telah memaparkan dan menyalurkan segala maklumat terkini mengenai dunia pendidikan di Malaysia kepada seluruh warga pendidik di Malaysia malah ke seluruh dunia.. Laman ini pada mulanya hanya dibina untuk membantu seluruh warga kelompok PKG Sungai Pari namun dengan tidak disangka-sangka tersebar luas oleh warganya sendiri kepada seluruh Malaysia malah kini diintai pula dari luar negara.

Tahniah kepada seluruh warga pendidik Kelompok PKG Sungai Pari khasnya kepada semua Pengetua dan Guru Besar kelompok PKG Sungai Pari kerana kerjasama anda untuk memuatkan bahan di dalam laman ini. Semoga segala usaha dan kerjasama tuan-puan dibalas dengan balasan setimpal di akhirat kelak.

SELAMAT ULANG TAHUN KE - 1
OGOS 2012 - 2013

Monday 5 August 2013

VIDEO IKLAN RAYA YANG MENYENTUH JIWA




BUAT YANG SELALU TAK PUASA:

BUAT ANAK YANG BAIK :

BUAT BAPA YANG SENTIASA BERKORBAN:

KHAS BUAT ABANG-ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB:

YANG PALING MENYENTUH JIWA :