Kami di pihak Pusat Kegiatan Guru
Sungai Pari ingin menarik perhatian pihak tuan/puan agar dapat membuat
persediaan untuk pemantauan bagi semua aspek pengurusan PSS, ICT, Teknopen,
MBMMBI dan Nilam.
Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk
mengemaskini rekod-rekod penggunaan, data sistem IQPSS (tarikh tutup Mac 2013) , I-Nilam, STS, Fail
Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan lain-lain berkaitan untuk melancarkan proses
pemantauan dan pelaporan oleh pegawai yang bertanggungjawab.
Pemantauan akan
dilaksanakan mulai 4 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 bagi semua aspek seperti
diatas, sebarang masalah sila hubungi PTP 1 PKG Sungai Pari En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim di talian 05-2534179.
NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
Untuk rujukan instrumen sila muat turun dari link ini : http://www.4shared.com/folder/AwZo3lK4/KOLEKSI_LAIN.html
NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari