Saya Norul Rizal Bin Abdul Rahim bertugas di Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari memohon jutaan kemaafan kepada semua warga kerja dan pendidik di Daerah Kinta Utara atas semua kesilapan dan kelemahan saya sebagai PTP di PKG Sungai Pari selama saya bertugas di sini sejak 1 November 2011 sehingga kini. Saya akan bertukar ke PKG Gopeng bermula 1 November 2013.
Semoga tuan/puan akan berjaya di dunia dan di akhirat.. Akan saya doakan sedemikian selamanya.. Teruskan usaha tuan/puan yang murni untuk membangunkan tahap pendidikan anak-anak didik kita..
Sekian Terima Kasih..
NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
MANTAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI
BLOG BAHAN MENGAJAR
PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI (NO. TEL : 05-2534179 EMEL : pkg_sg_pari@moe.gov.my)
Thursday, 31 October 2013
Thursday, 24 October 2013
HASIL TERBARU ANAK TEMPATAN : AHMAD FAIZAL @ GELARAN HONDA
AHMAD FAIZAL @ GELARAN HONDA merupakan salah seorang anak tempatan yang cuba memecah tembok industri perfileman di Malaysia dengan menghidangkan satu variasi kelainan dalam dunia hiburan kini. Hari ini dunia perfileman yang asyik dengan idea cinta dan hantu kini, telah dan akan berubah dengan pertambahan satu lagi hidangan iaitu VIDEO AKSI (ACTION VIDEO)...Saksikan hasil video promo ini yang dihasilkan dari salah seorang fasilitator Bengkel Filem Pendek BTPN Perak dan FINAS pada sesi 2012 yang lepas..
Wednesday, 23 October 2013
What Makes a Good Teacher?
AFTER LEAVING THE SCHOOL FOR 3 YEARS AND DO ALL THE DESK JOBS..
ONLY ALLAH KNOWS HOW I MISS TO BE A TEACHER.. AND HOW I WANT TO BE A TEACHER AGAIN..
ONLY ALLAH KNOWS HOW I MISS TO BE A TEACHER.. AND HOW I WANT TO BE A TEACHER AGAIN..
GOOD TEACHER
BAD TEACHER
Thursday, 29 August 2013
SAJAK SAMBUTAN KEMERDEKAAN : BUMI PESAKA GELANGGANG KITA
BUMI PESAKA GELANGGANG KITA
Bumi Pesaka Sempat Merakamkan Sejahtera Bangsa
Lima Puluh Enam Tahun Singgah Kemilau Ogos Itu
Laungan Kata Sakti Bergema Lagi
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA!
Bumi Pesaka Sempat Merakamkan Sejahtera Bangsa
Lima Puluh Enam Tahun Singgah Kemilau Ogos Itu
Laungan Kata Sakti Bergema Lagi
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA!
Berlari Bersama Angin Pembangunan
Menerjah
Di Rusuk-Rusuk Liku Merujuh Setiap Lubang
Terpokah Di Bumi Pesaka Ini
Kalau Moyang-Poyang Membajai Bumi Keramat Ini
Dengan Darah Dan Keringat
Atas Nama Pesaka Dan Kitalah Warasanya
Sempurnakah Amat Kita Dengan Hanya
Laungan Kata Sakti Ogos Itu?
Semadi Mereka Mentah Senyalir Tawarikh
Biar Episod Duka Tidak Berulang
Biar Rintisan Maju Tanpa Penghalang
Biar Kibaran Jaya Terus Dijulang
Semadi Mereka Mengurniakan Mohor Kebanggaan.
Kita Tebas Segala Dongeng Dogma Yang Melalangi Minda
Dengan Tiupan Roh Semangat Patriot Dan
Kita Makamkan Kesumat Yang Memayatkan Rasa Kekitaan
Agar Kita Tidak Hanya Juara Sorak-Sorai
Dan Gembar-Gembur Impian Indah Lagi Segar.
Biar Bumi Pesaka Ini Terus Menjadi Saksi
Tumbuh Bangsa Ampuh Melaung Lantang
Mencetus Idea Di Pentas-Pentas Demokrasi
Yang Gagah Mengungkapi Aspirasi Pejuang
Yang Mampu Mengulangi Tradisi Cemerlang
Yang Betah Menangani Visi Gemilang
Bumi Pesaka Ini Adalah Gelanggang Terbaik Buat Kita.
Di Rusuk-Rusuk Liku Merujuh Setiap Lubang
Terpokah Di Bumi Pesaka Ini
Kalau Moyang-Poyang Membajai Bumi Keramat Ini
Dengan Darah Dan Keringat
Atas Nama Pesaka Dan Kitalah Warasanya
Sempurnakah Amat Kita Dengan Hanya
Laungan Kata Sakti Ogos Itu?
Semadi Mereka Mentah Senyalir Tawarikh
Biar Episod Duka Tidak Berulang
Biar Rintisan Maju Tanpa Penghalang
Biar Kibaran Jaya Terus Dijulang
Semadi Mereka Mengurniakan Mohor Kebanggaan.
Kita Tebas Segala Dongeng Dogma Yang Melalangi Minda
Dengan Tiupan Roh Semangat Patriot Dan
Kita Makamkan Kesumat Yang Memayatkan Rasa Kekitaan
Agar Kita Tidak Hanya Juara Sorak-Sorai
Dan Gembar-Gembur Impian Indah Lagi Segar.
Biar Bumi Pesaka Ini Terus Menjadi Saksi
Tumbuh Bangsa Ampuh Melaung Lantang
Mencetus Idea Di Pentas-Pentas Demokrasi
Yang Gagah Mengungkapi Aspirasi Pejuang
Yang Mampu Mengulangi Tradisi Cemerlang
Yang Betah Menangani Visi Gemilang
Bumi Pesaka Ini Adalah Gelanggang Terbaik Buat Kita.
AKAN DISAMPAIKAN DI MALAM AMBANG KEMERDEKAAN OLEH:
ENCIK MOHD. SUHAIMI BIN HAJI ZUBIR
PUSAT KEGIATAN GURU TALANG
BELIAU JUGA ADALAH PENCERAMAH PENULISAN KREATIF
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SILA HUBUNGI : PUSAT KEGIATAN GURU TALANG, KUALA KANGSAR
Tuesday, 20 August 2013
LINK KE LAMAN BPK UNTUK MUAT TURUN DSK KSSR
SILA KLIK KE LINK YANG TELAH DIBERIKAN DIBAWAH UNTUK MEMUAT TURUN SEMUA JENIS DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) UNTUK SEMUA TAHUN YANG TERLIBAT :
TAHAP 1 :
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_asas
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_tema
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_elektif
TAHAP 2 :
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_teras
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_elektif
TAHAP 1 :
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_asas
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_teras_tema
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_i/modul_elektif
TAHAP 2 :
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_teras
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_elektif
Sunday, 18 August 2013
Thursday, 15 August 2013
ORANG MALAYSIA SUKA GONCANG BAYI
GURAUAN dengan menimang bayi mungkin dianggap satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.
Terdapat juga mereka suka bergurau dengan melompat bersama bayi. Namun tahukah anda, perkara ini tanpa disedari boleh membawa padah pada bayi anda?
Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd. Nor, walaupun perkara ini dianggap sebagai satu gurauan dan cara bermain dengan bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi.
"Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang selalunya berlaku pada ibu bapa atau golongan dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom (SBS). "Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah. "Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap bayi seperti sawan.
Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibat sawan kekal pada bayi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Selain itu, sindrom ini turut mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kematian. SBS kerap berlaku pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan kekerapan sindrom berlaku pada kanak-kanak yang berusia setahun ke bawah iaitu pada bayi.
Ujarnya lagi, hayunan buaian semasa menidurkan bayi turut berisiko berlakunya sindrom ini tanpa disedari.
"Hayunan yang kuat akan mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena hentakan pada objek sekeliling. "Goncangan yang terlalu kuat juga mengakibatkan kecederaan pada bayi disifatkan sebagai salah satu penderaan kanak-kanak," ujarnya.
SBS selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dan banyak kes dikesan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah. Dikatakan pada usia ini kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.
"Hentakan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak. "Berlakunya pendarahan pada otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi," katanya.
SUMBER:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130103/ke_05/Bahaya-goncang-bayi#ixzz2c6NtmCQQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
CARA YANG BETUL MENDODOI ANAK :
JANGAN KEJUT ANAK ANDA DENGAN NYANYIAN ANDA YANG SUMBANG :
Subscribe to:
Posts (Atom)