Thursday, 15 August 2013

ORANG MALAYSIA SUKA GONCANG BAYI

GURAUAN dengan menimang bayi mungkin dianggap satu perkara biasa yang sering dilakukan oleh masyarakat kita.

Terdapat juga mereka suka bergurau dengan melompat bersama bayi. Namun tahukah anda, perkara ini tanpa disedari boleh membawa padah pada bayi anda?

Menurut Pakar Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Azam Mohd. Nor, walaupun perkara ini dianggap sebagai satu gurauan dan cara bermain dengan bayi, namun berlakunya hentakan kuat daripada lompatan atau balingan yang tinggi boleh menyebabkan kematian pada bayi.

"Tabiat ini dikategorikan dalam satu sindrom yang selalunya berlaku pada ibu bapa atau golongan dewasa yang gemar menggoncang bayi iaitu Sindrom Goncang Bayi atau Shaken Baby Syndrom (SBS). "Ini berlaku ketika ingin menenangkan bayi yang sedang menangis atau meragam dalam perasaan marah. "Sindrom ini boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap bayi seperti sawan. 

Sawan berlaku apabila terdapat tisu abnormal pada tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibat sawan kekal pada bayi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Selain itu, sindrom ini turut mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pada otak yang akhirnya membawa kematian. SBS kerap berlaku pada golongan kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah dan kekerapan sindrom berlaku pada kanak-kanak yang berusia setahun ke bawah iaitu pada bayi.

Ujarnya lagi, hayunan buaian semasa menidurkan bayi turut berisiko berlakunya sindrom ini tanpa disedari.
"Hayunan yang kuat akan mengakibatkan bahagian anggota termasuk kepala bayi terkena hentakan pada objek sekeliling. "Goncangan yang terlalu kuat juga mengakibatkan kecederaan pada bayi disifatkan sebagai salah satu penderaan kanak-kanak," ujarnya.

SBS selalunya berlaku pada kanak-kanak yang berumur lima tahun ke bawah dan banyak kes dikesan pada kanak-kanak berusia setahun ke bawah. Dikatakan pada usia ini kanak-kanak hanya disokong oleh otot-otot yang tidak kuat dan saluran darah yang masih lembut.

"Hentakan yang terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pada otak sehingga berlakunya masalah bengkak pada otak. "Berlakunya pendarahan pada otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yang boleh membawa maut pada bayi," katanya.


SUMBER: 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130103/ke_05/Bahaya-goncang-bayi#ixzz2c6NtmCQQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 






CARA YANG BETUL MENDODOI ANAK :




JANGAN KEJUT ANAK ANDA DENGAN NYANYIAN ANDA YANG SUMBANG :


No comments: