Kepada semua guru-guru Pendidikan Islam
Ustaz dan Ustazah sekalian jika anda inginkan sebuah laman web untuk membantu anda dalam PdP yang melibatkan bacaan Al-Quran silalah ke link seperti di bawah ini :
http://www.quranexplorer.com/quran/
Ia mempunyai pelbagai jenis "Reciter" atau Qari seperti Mishari Rashid, Saad Al Ghamidi dan pelbagai lagi qari yang terkemuka di dunia. Selian itu ia menghidangkan tuan dan puan terjemahan ayat-ayat tersebut untuk panduan tuan/puan dalam pelbagai bahasa yang boleh dipilih. Ustaz dan Ustazah sekalian boleh juga membuat pilihan surah dan ayat-ayat tertentu, ini memudahkan para ustaz/ustazah untuk membuat rujukan maksud/terjemahan ayat-ayat tertentu.
Semoga ia berguna untuk semua ummat Islam. Sekian Terima Kasih
PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI (NO. TEL : 05-2534179 EMEL : pkg_sg_pari@moe.gov.my)
Thursday, 23 August 2012
Tuesday, 21 August 2012
RADIO ONLINE : SEWAKTU SEPI MENYAPA
Kepada Semua Guru Malaysia
Di saat kegembiraan menyambut hari raya. Kami di PKG Sungai Pari tetap bekerja walaupun semua pelanggan tetap kami bercuti (guru dan murid) di kampung. Apa nak dikata sudah tugas dan tanggungjawab. Siapa suruh nak jadi sangat PTP di PKG kan? Oleh kerana itu kerana sunyi sepi menyapa kami di PKG tanpa kehadiran guru-guru menjengok kami di sini maka dengan itu.. Layan saja link-link radio online ini untuk mendapatkan mood raya yang masih ada di hati.
Buat guru di luar sana sila layari link di bawah ini untuk mendapatkan informasi, hiburan dan halwa telinga anda :
http://www.ikimfm.my/ikimfm/
http://www.era.fm/dvr/
http://apps.hotfm.com.my/listen/hotfm_player.html
http://www.radiomalaysia.net/

Thursday, 16 August 2012
BACAAN SANTAI DI CUTI RAYA
Kepada guru-guru di luar sana yang merupakan kaki novel sila lah ke Link ini :http://tauhusumbat.com/
Laman web ini menghidangkan satu menu hebat iaitu Novel-novel terkini untuk bacaan guru-guru yang kebanyakannya kaki novel untuk bacaan sebelum tidur dan ada yang minat membaca novel-novel seperti ini semasa lapang (khasnya waktu petang).
So silalah ke laman ini untuk mengetahui novel-novel yang terkini dan mungkin rasa nak beli tu..Pergi saja ke kedai buku berhampiran yang tersenarai di dalam laman web ini.
Sekian,
SELAMAT HARI RAYA.....

LAGU-LAGU RAYA
Buat semua guru di Malaysia,
Tersebut di LINK kan kepada anda sekalian satu link yang amat berguna untuk tuan/puan sekalian di waktu sambutan hari raya nanti. Kalau agak-agak dah ketandusan lagu-lagu raya sebab CD dah rosak atau kaset dah terkusut tu. So bukalah LINK ini untuk dengar lagu raya. Buka laptop dan sambung je kat speaker mana-mana dan layan lah lagu-lagu ni.
url : http://lagu-melayu.net/various-artist-bila-tiba-hari-raya-2007.html

Wednesday, 15 August 2012
PANTUN RAYA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Pantun Hari Raya yang didapati dari blog-blog lain untuk guru-guru berkongsi bersama-sama rakan dan anak-anak didik di sekolah.
Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.
Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.
Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.
Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.
Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.
Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.
Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.
Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.
Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.
Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
Pantun 21:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.
Pantun 22:
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.
Pantun 23:
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.
Pantun 24:
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.
Pantun 25:
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.
Pantun 26:
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.
Pantun 27:
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.
Pantun 28:
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.
Pantun 29:
Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.
Pantun 30:
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Pantun 31:
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.
Pantun 32:
Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.
Pantun 33:
Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.
Pantun 34:
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.
Pantun 35:
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.
Pantun 36:
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.
Pantun 37:
Duduk depan cermin terasa kacak,Minyak rambut tiada letak minyak kelapa,
Walaupun mood raya dah memuncak,
Puasa Ramadan jangan di lupa.
Pantun 38:
Dah perasan kacak terus bergaya,
Segala yang ada semua nak diperaga,
Poket semakin kempis shopping raya,
Jangan lupa lepas raya nak pakai duit Juga.
Pantun 39:
Masam-masam rasanya cuka,
Lagi best kalau curahkan kat luka,
Balik kampung semua suka,
Pandu cermat elak duka.
Pantun 40:
Bulan puasa jangan asyik mengata,
Jangan buat cerita untuk di jaja,
Kunjung mengunjung amalan kita,
Jangan duk rumah tonton TV sahaja
Pantun 41:
Pandai memilih antara intan dan kaca,
Jangan hanya rambang mata,
Terima kasih buat pembaca,
Salah silap kemaafan di pinta.
Pantun 42:
Tumbangnya pohon dilibas taufan,
Taufan mengganas tanpa henti,
10 jari ku susun pohon kemaafan,
Dihari lebaran yang mulia ini.
Pantun 43:
Pokok keluduk dan pokok jepun
Senapang buluh polughu conoghai
Haghi ghayo sekali setahun
Den balik ghayo maso aghi mantai..
Pantun 44:
Bila takbir mula bergema,
Syaitan telah lepas berkeliaran,
Alien keroro hendak beraya,
Salah silap mohon diampunkan.
Tuesday, 14 August 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Kami di Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari menyusun sepuluh jari memohon keampunan diatas segala dosa, kesilapan dan kelemahan kami dalam menjalankan tugas selama ini. Sebagai manusia biasa kami tidak terlepas dari membuat kesilapan, oleh yang demikian kami memohon maaf kepada semua warga pendidik di sekolah-sekolah kelompok, daerah Kinta Utara dan seluruh warga BTPN Perak.
Kepada yang terusik, terguris hati dan termarah tu, ampun maaf dipinta. Terimalah pantun-pantun raya buat tatapan semua..
Kepada yang terusik, terguris hati dan termarah tu, ampun maaf dipinta. Terimalah pantun-pantun raya buat tatapan semua..
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya. |
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya, Makan sudah baju bergaya, Orang fakir jangan dilupa. |
Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih keria, Berbunyi mercun berdetum detam, Riang gembira dihari raya. | Adik tersayang segak bergaya, Mengait kuih di atas para, Suasana riang di hari raya, Bermaaf-maafan riang gembira. |
Menyeberang lautan melintas negeri, Terbang jauh dari Itali, Datuk nenek muka berseri, Anak cucu telah kembali. | Gua Niah pintunya lebar, Dayak dusun jadi penjaga, Datuk nenek tidak tersabar, Kuih tersusun di atas meja. |
Memukul gendang pelbagai gaya, Amat meriah riang gembira, Ramai bertandang di hari raya, Tersenyum riang sanak saudara. | Puasa itu satu perintah, Oleh Allah yang maha perkasa, Perintah itu jangan dibantah, Wajibnya itu pada yang berkuasa. |
Hari raya hari yang berkat, Bermaaf-maafan sesama saudara, Hai maknusia bulatkan tekad, Perintah Allah laksanakan segera. | Sehari sudah lesu berpuasa, Hidangan berbuka sudah tersedia, Jangan kamu membazir masa, Mulai beribadat semasa belia. |
Dingin di perigi waktu pagi, Berkokok ayam ditengah laman, Aidil fitri menjelma lagi, Tamatlah ujian bagi yang beriman. | Sebulan genap kita berpuasa, Semoga digolongkan pada orang berjaya, Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa, Sesudah berpuasa kita beraya. |
Lemah lembut tuan puteri, Berhias pandai cantik dipandang, Meriah menyambut Aidilfitri, Sahabat handai datang bertandang. | Lemah lembut tuan puteri, Berkain cindai cantik dipandang, Meriah menyambut Aidilfitri, Sahabat handai datang bertandang. |
Udara dingin hening pagi, Tabuh bising mulakan hari, Aidilfitri menjelma lagi, Masing-masing pakai berseri. | Tanpa mengira miskin kaya, Pangkat kedudukan hamba bernyawa, Sama-sama menyambut raya, Maaf-maafan dihari bahagia. |
Aidilfitri hari kemenangan, Kejayaan menempuh halangan, Mengenali erti kesenangan, Bagi mereka yang kekurangan. | Aidilfitri hari kemaafan, Menghapus kesalahan sesama insan, Memupuk perpaduan sesama ehsan, Mengikat tali keakrapan. |
Buah pauh di tengah bendang, Jadi dagangan di tengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita. | Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih kara, Berbunyi mercun berdentum-dentam, Riang gembira di Hari Raya. |
Friday, 10 August 2012
KAD RAYA ONLINE : ASAS ADOBE PHOTOSHOP
Kepada semua guru :
Oleh kerana sekarang ini hari makin hampir dengan Hari Raya Aidilfitri, mungkin semua guru dan murid di dalam mood nak menyambut hari raya. Oleh yang demikian bagi guru-guru yang berminat untuk mempelajari cara-cara untuk membuat kad hari raya digital, menggunakan Adobe Photoshop secara asas..
Bermula dari 13hb Ogos 2012 hingga 15hb Ogos 2012 pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang (3 hari berturut-turut).
Anda dijemput untuk hadir ke PKG Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Ipoh, Perak untuk bimbingan khas menghasilkan sekeping kad Hari Raya Digital. Bimbingan akan dilakukan oleh PTP 1 En. Norul Rizal dan JTK En. Ruzaini, kami akan membantu dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan... Isyaallah...
Ia dilakukan secara 'walk in', santai dan tidak formal. Tiada bengkel khas atau formal dibuat. Jika anda inginkan ilmu asas Adobe Photoshop sila bawa bersama sebuah laptop, pendrive, gambar-gambar yang ingin anda masukkan di dalam Kad Hari Raya tersebut (keluarga atau sekolah).
Anda juga boleh muat turun gambar-gambar kad yang anda minat dari google search di bawah ini.. sila klik :
https://www.google.com.my/search?q=kad+raya+online&hl=en&safe=off&biw=1280&bih=675&prmd=imvns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=nWogUOWSI9CtrAezjIDQCA&sqi=2&ved=0CFUQsAQ
Oleh kerana sekarang ini hari makin hampir dengan Hari Raya Aidilfitri, mungkin semua guru dan murid di dalam mood nak menyambut hari raya. Oleh yang demikian bagi guru-guru yang berminat untuk mempelajari cara-cara untuk membuat kad hari raya digital, menggunakan Adobe Photoshop secara asas..
Bermula dari 13hb Ogos 2012 hingga 15hb Ogos 2012 pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang (3 hari berturut-turut).
Anda dijemput untuk hadir ke PKG Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Ipoh, Perak untuk bimbingan khas menghasilkan sekeping kad Hari Raya Digital. Bimbingan akan dilakukan oleh PTP 1 En. Norul Rizal dan JTK En. Ruzaini, kami akan membantu dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan... Isyaallah...
Anda juga boleh muat turun gambar-gambar kad yang anda minat dari google search di bawah ini.. sila klik :
https://www.google.com.my/search?q=kad+raya+online&hl=en&safe=off&biw=1280&bih=675&prmd=imvns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=nWogUOWSI9CtrAezjIDQCA&sqi=2&ved=0CFUQsAQ
TAHNIAH CIKGU : IMBUHAN RAYA DAH BANK IN
Tahniah Semua Guru Malaysia,
Untuk pengetahuan guru-guru semua Imbuhan Tahunan separuh gaji telah dimasukkan ke dalam akaun anda bermula 9hb Ogos 2012. Oleh yang demikian anda dipersilakan untuk membuat perbelanjaan demi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.
Namun dalam berbelanja jangan leka sehingga membazir dan melampaui batas kewangan (Over Budget). Bagi guru-guru, diingatkan bahawa 10 hari ini kita wajar menghabiskan masa untuk mencari malam lailaturqadar bukan leka dengan persiapan Aidilfitri hingga lupa segalanya yang berkaitan dengan mencari keredhaan Allah.
Tak guna jika berlangsir, berpakaian dan rumah berwajah baru sekiranya ia tidak mendapat keredhaan Allah kerana membazir adalah sahabat syaitan, tambahan pula kesibukan membuat persiapan Aidilfitri ini dibuat sehingga meninggalkan solat terawih dan lebih menyedihkan lagi jika solat fardhu juga ditinggalkan.
Jangan jadikan persiapan aidilfitri ini begitu penting sangat sehingga mengabaikan ibadah demi mencari keredhaan Allah. Para Ulama' amat bersedih hati di waktu begini kerana mereka takut dan sedih jika tidak dapat menemui ramadhan di tahun-tahun yang akan datang.
Namun masyarakat kita pula sebaliknya semakin hampir dengan aidilfitri semakin kita lupakan fadhilat ramadhan dan bersuka ria hendak menyambut aidilfitri sehingga ada yang berpesta bunga api, bernyanyi dan menari lagu-lagu aidilfitri. Perbuatan ini tidak mendatangkan keredhaan Allah malah ia mendatangkan kemurkaan Allah di bulan ramadhan yang penuh dengan keredhaan.
Wallahuallam..

Wednesday, 8 August 2012
SISTEM AUTOMASI PS-SENTRAL (TARANTULA)
Guru-guru GPM sekalian,
Sepertimana yang kita ketahui http://btp.tarantula.my/ adalah url atau capaian bagi IQPSS dan I-NILAM, namun terdapat satu lagi sistem yang disediakan oleh tarantula ini ialah PS-SENTRAL di mana ia menyediakan satu pengkalan sistem automasi yang berpusat secara online. Ianya lebih murah dan lebih mudah digunakan oleh GPM untuk melancarkan pengurusan bahan dan lain-lain bagi PSS anda.
Bukan untuk mempromosikan supaya semua GPM perlu guna sistem ini namun setelah beberapa sekolah / GPM yang menggunakan sistem ini berbanding sistem lain, ia ternyata telah membuktikan bahawa ia lebih membantu mempermudahkan dan mempercepatkan kerja GPM di sekolah.
Ia amat sesuai bagi sekolah-sekolah yang belum lagi mempunyai sistem automasi di PSS.
Kekuatan PS-Sentral: (Kata GPM yang dah pakai PS-Sentral)
FIKIR-FIKIRKAN..

- Tak perlu install di PC, so tak masalah timbul kalau PC rosak, pakai je PC atau Laptop mana-mana pun.
- Secara online sepenunhnya, ia boleh diakses tak kira dimana pun (sekolah, rumah atau kat bus stop) janji ada capaian internet atau broadband.
- Selenggaraan sistem akan dibuat sepenuhnya oleh tarantula.
- Sebarang masalah terus hubungi tarantula untuk bantuan.
- Boleh diakses oleh lebih dari 5 laptop / pc dalam satu-satu masa, so kalau ada pelajar yang nak tolong buat rekod perolehan, pengkelasan buku dan sebagainya pinjam laptop sekolah atau buat je kat dalam makmal pun boleh serentak isikan, cepat dan mudah (cuma latih je pengawas pss).
- Latihan kepada Pengawas PSS pun tarantula akan laksanakan atas permintaan sekolah.
- Masalah timbul jika capaian internet tak ada / bermasalah di sekolah, kena la buat offline (manual).
- GPM kena standby broadband, supaya jika talian internet sekolah bermasalah terus pakai je broadband, tapi kalau dua-dua masalah, memang 'jammed' la..
FIKIR-FIKIRKAN..
Monday, 6 August 2012
PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU - DBP
Kepada semua guru,
Sekiranya anda berminat untuk membuat rujukan mengenai apa saja masalah bahasa, sila ke laman PRPM-DBP seperti di url ini : http://prpm.dbp.gov.my/ . Ia adalah seperti Kamus Dewan secara online dengan tambahan guru-guru boleh juga merujuk pelbagai masalah bahasa seperti peribahasa dan sebagainya.
Sila layari laman tersebut untuk maklumat lebih lanjut.
Soalan : 3/3/2012
Ada satu peribahasa yang mendapat perhatian di laman maya: Harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan yang sebenarnya Harapkan pegar, pegar makan padi..Pegar ialah sejenis burung. Masih belum diputuskan kesahihannya. Harap pihak DBP boleh memberi penjelasan tentang kemusykilan ini.
Jawapan DBP :
Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan.

Thursday, 2 August 2012
100 ORANG PELAYAR BLOG SEHARI
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah yang mentadbir sekalian alam. Sejak pukul 5 petang 1hb Ogos 2012 apabila blog ini dengan rasminya dilancarkan ia telah menerima 91 orang pelawat dan telah ada yang membuat muat turun dan muat naik.
Insyaallah, menjelang pukul 5 petang ini akan mencapai 100 orang pelawat yang melayari blog ini. Semoga blog ini akan terus mendapat sokongan para sahabat guru-guru di luar sana.
TERIMA KASIH CIKGU,
PTP 1 PKG SUNGAI PARI

Wednesday, 1 August 2012
BAHAN TERKINI
Tersebut dibawah adalah beberapa bahan baru yang disumbangkan oleh PTP 1 PKG Sungai Pari yang pernah bertugas sebagai Guru Data, Pegawai Tadbir KRS Perak Tengah, SU Sukan Sekolah, SU PIBG Sekolah dan lain-lain
Bahan-bahan terkini:
1. Bahan KRS dan TKRS
2. Bahan SU Sukan
Gunakanlah jika ia bermanfaat dan dibenarkan edit jika terdapat kelemahan.
Bahan-bahan terkini:
1. Bahan KRS dan TKRS
2. Bahan SU Sukan
Gunakanlah jika ia bermanfaat dan dibenarkan edit jika terdapat kelemahan.
TAMBAHAN KOLEKSI
Atas permintaan beberapa orang guru sekolah di dalam kelompok PKG kami yang bertanggungjawab sebagai SU Sukan. Kami telah melebarkan beberapa pages lagi untuk bersama-sama berkongsi maklumat dan bahan.
HALAMAN BARU YANG TELAH DITAMBAH:
1. KOLEKSI SU SUKAN - Khas untuk bahan SU Sukan sahaja
2. KOLEKSI PRESENTATION - Khas untuk pelbagai fail PPT (Powerpoint)
3. KOLEKSI LAIN - Apa sahaja bentuk fail yang ingin dikongsikan
JUMLAH RANCANGAN MENGAJAR TERKINI 1 OGOS 2012
Tersebut diatas adalah jumlah terkini fail yang terdapat di pengkalan data 4shared PKG Sungai Pari yang sedang menunggu anda untuk di muat turun atau jika anda berminat untuk menyumbang rancangan mengajar anda ke blog ini. Sila muat naikkan di pengkalan data 4shared kami ini ia sememangnya dibebaskan untuk anda membuat segala aktiviti muat naik atau muat turun. Cuma minta tolong jangan di delete atau recyclebin segalanya sesuka hati anda.
Ia untuk membantu guru-guru yang lain...Mungkin anda tak perlukan tetapi orang lain memerlukannya.
Jika anda tidak yakin untuk memuat naik bahan sila hubungi PKG Sungai Pari di talain 05-253 4179 atau emelkan kepada kami di url : pkgsgpari@gmail.com / pkg_sg_pari@moe.edu.my
Terima Kasih Kepada Guru-Guru Dari Sekolah Dibawah Atas Sumbangan Mereka:
1. SMK SUNGAI PARI, IPOH
2. SMK BUNTONG, IPOH
3. SMK SERI PUTERI, IPOH
4. SK LA SALLE, IPOH
5. SJKC PERAK, IPOH
6. SJKC YUH HUA, IPOH
7. SJKT KERAJAAN, IPOH
8. SJKT SANGEETHA SABAH, IPOH

BAGAIMANA UNTUK KE PENGKALAN DATA
KLIK DI BUTANG RANCANGAN MENGAJAR SEPERTI DI DALAM GAMBAR INI
Untuk ke mukasurat simpanan rancangan mengajar sila tekan butang atau link yang bewarna oren untuk ke mukasurat (page) rancangan mengajar. Anda akan dipapari dengan paparan 4shared dimana anda boleh membuat segala aktiviti muat turun dan muat naik segala dokumen dan bahan yang anda sukai.
Anda diingatkan supaya jangan memadam apa sahaja dokumen atau bahan yang terdapat di dalam pengkalan data tersebut, walaupun anda telah tersilap memuat naik apa sahaja bahan. Sila hubungi pihak PKG jika ingin bahan-bahan anda dipadamkan sekiranya telah tersilap muat naik. Ia akan mengakibatkan gangguan kepada pengkalan data. Data-data ini adalah untuk kegunaan dan kebaikan bersama iaitu semua guru-guru kelompok PKG Sungai Pari.
Tolong tunjukkan ihsan anda sebagai seorang manusia yang di lahirkan di dunia untuk membuat kebaikan. Diharapkan tiada tindakan meninggalkan Virus, Hacking atau Internet Sabotage kepada pengkalan data ini. Ia dibina bukan untuk komersial tetapi atas niat membantu guru-guru kelompok, negeri dan Malaysia...
Sekian terima kasih,
MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BERIHSAN TINGGI
PKG SUNGAI PARI
UNTUK CARIAN BLOG BAHAN MENGAJAR PKG SG. PARI
Blog Bahan Mengajar ini boleh di cari dengan menggunakan Google Search dengan menaipkan pkgsgparie-bahan di ruang carian tersebut.
Jika anda bermasalah untuk membuat carian, memuatnaik dan memuat turun sebarang dokumen atau bahan sila hubungi talian rasmi PKG Sg. Pari di talian 05-253 4179. Sila pastikan anda menghubungi kami pada waktu pejabat. Insyaallah kami akan cuba menyelesaikan/menjawab segala permasalahan dan pertanyaan anda.
Sekian terima kasih,
NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1
PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI

Subscribe to:
Posts (Atom)