Kepada yang terusik, terguris hati dan termarah tu, ampun maaf dipinta. Terimalah pantun-pantun raya buat tatapan semua..
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya. |
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya, Makan sudah baju bergaya, Orang fakir jangan dilupa. |
Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih keria, Berbunyi mercun berdetum detam, Riang gembira dihari raya. | Adik tersayang segak bergaya, Mengait kuih di atas para, Suasana riang di hari raya, Bermaaf-maafan riang gembira. |
Menyeberang lautan melintas negeri, Terbang jauh dari Itali, Datuk nenek muka berseri, Anak cucu telah kembali. | Gua Niah pintunya lebar, Dayak dusun jadi penjaga, Datuk nenek tidak tersabar, Kuih tersusun di atas meja. |
Memukul gendang pelbagai gaya, Amat meriah riang gembira, Ramai bertandang di hari raya, Tersenyum riang sanak saudara. | Puasa itu satu perintah, Oleh Allah yang maha perkasa, Perintah itu jangan dibantah, Wajibnya itu pada yang berkuasa. |
Hari raya hari yang berkat, Bermaaf-maafan sesama saudara, Hai maknusia bulatkan tekad, Perintah Allah laksanakan segera. | Sehari sudah lesu berpuasa, Hidangan berbuka sudah tersedia, Jangan kamu membazir masa, Mulai beribadat semasa belia. |
Dingin di perigi waktu pagi, Berkokok ayam ditengah laman, Aidil fitri menjelma lagi, Tamatlah ujian bagi yang beriman. | Sebulan genap kita berpuasa, Semoga digolongkan pada orang berjaya, Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa, Sesudah berpuasa kita beraya. |
Lemah lembut tuan puteri, Berhias pandai cantik dipandang, Meriah menyambut Aidilfitri, Sahabat handai datang bertandang. | Lemah lembut tuan puteri, Berkain cindai cantik dipandang, Meriah menyambut Aidilfitri, Sahabat handai datang bertandang. |
Udara dingin hening pagi, Tabuh bising mulakan hari, Aidilfitri menjelma lagi, Masing-masing pakai berseri. | Tanpa mengira miskin kaya, Pangkat kedudukan hamba bernyawa, Sama-sama menyambut raya, Maaf-maafan dihari bahagia. |
Aidilfitri hari kemenangan, Kejayaan menempuh halangan, Mengenali erti kesenangan, Bagi mereka yang kekurangan. | Aidilfitri hari kemaafan, Menghapus kesalahan sesama insan, Memupuk perpaduan sesama ehsan, Mengikat tali keakrapan. |
Buah pauh di tengah bendang, Jadi dagangan di tengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita. | Masak udang dan gulai ketam, Pembasuh mulut kuih kara, Berbunyi mercun berdentum-dentam, Riang gembira di Hari Raya. |
No comments:
Post a Comment