Tuesday 31 July 2012

Selamat Datang

Kami di Pusat Kegiatan Guru mengucapkan selamat datang atau lebih sesuai dengan ucapan selamat melayari blog kami ini yang mana dibina khas untuk menyalurkan bahan-bahan bantuan mengajar seperti Rancangan Mengajar, Gambar, Kad Imbasan Digital dan sebagainya. Kami akan cuba membuat kemaskinian sekerap mungkin untuk membantu guru-guru di luar sana.

Namun siapalah kami jika tidak dibantu oleh kalian semua. Sebarang sumbangan bahan bantuan mengajar di dalam bentuk digital sila emelkan ke pkg_sg_pari@moe.edu.my atau muatnaik terus melalui akaun 4shared kami yang kami bebaskan kepada anda untuk muatnaik dan muat turun. Di pihak kami sedia memuat naik segala bahan yang tuan/puan sumbangkan.

Anggaplah blog ini sebagai satu saluran tuan/puan guru-guru sekalian untuk membantu sesama guru-guru di kelompok PKG, Negeri dan Malaysia.

Sekian terima kasih

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1
PKG SUNGAI PARI