Monday 13 May 2013

VIDEO KHAS UNTUKMU GURU

TEMA HARI GURU (1972-2013)

2013   Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

29 March 2013
Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:


GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA



HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

TERIMA KASIH CIKGU

Kepada semua guru..anda adalah pejuang negara yang sebenar kerana tanpa anda siapalah yang bergelar Doktor, Professor dan lain-lain... Jika tiada anda mungkin kami ini adalah dikalangan gelandangan di tepi jalan tak berilmu dan tak berpengetahuan... Terima Kasih Cikgu..

TUGAS-TUGAS GURU RASMI DAN TIDAK RASMI:
BIARLAH GAMBAR MENJELASKAN SEGALANYA
"A PICTURE CAN GIVE YOU HUNDRED WORDS"
TERIMA KASIH CIKGU






TAHNIAH WARGA PKG SUNGAI PARI : LAMAN BLOG INI TELAH MELEBAR SEHINGGA KE RUSSIA

Saya sebagai Ketua PKG Sungai Pari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Pengetua, Guru Besar, Barisan Pentadbir Sekolah, semua guru-guru dan staf kelompok PKG Sungai Pari. Dengan kerjasama anda semua hari ini Kelompok PKG Sungai Pari telah diketahui sehingga ke Russia yang dahulunya tidak pernah diketahui walaupun di Malaysia... Namun dengan berkat usaha semua pihak kita telah berjaya membuka mata guru-guru di Malaysia untuk mengetahui di mana PKG Sungai Pari dan kini kita menerima kunjungan dan komen dari Russia yang juga berminat memuat turun bahan dari laman ini...

Tahniah tuan-tuan dan puan-puan

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
KETUA PKG SUNGAI PARI

Monday 6 May 2013

Kursus Mikro Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab

KENAPA PERLU BELAJAR BAHASA ARAB











Guru Cemerlang

Semoga video ini menjadi perangsang kepada semua guru di Malaysia untuk menjadi guru-guru cemerlang.

Puan Sabariah Ibrahim


Encik Azizul Rahman Abdul Rahman