Monday 21 January 2013

PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH


Kami di pihak Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari ingin menarik perhatian pihak tuan/puan agar dapat membuat persediaan untuk pemantauan bagi semua aspek pengurusan PSS, ICT, Teknopen, MBMMBI dan Nilam.

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengemaskini rekod-rekod penggunaan, data sistem IQPSS (tarikh tutup Mac 2013) , I-Nilam, STS, Fail Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan lain-lain berkaitan untuk melancarkan proses pemantauan dan pelaporan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 
 
Pemantauan akan dilaksanakan mulai 4 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 bagi semua aspek seperti diatas, sebarang masalah sila hubungi PTP 1 PKG Sungai Pari En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim di talian 05-2534179


Untuk rujukan instrumen sila muat turun dari link ini : http://www.4shared.com/folder/AwZo3lK4/KOLEKSI_LAIN.html

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari

PENGISIAN IQPSS TAMAT PADA MAC 2013

Tuan/Puan,

Guru-guru GPM sekalian khasnya kepada semua guru GPM Kinta Utara anda diminta untuk membuat pengisian IQPSS secepat mungkin bermula Januari 2013 kerana semua GPM wajib menyelesaikannya sebelum tarikh tutupnya iaitu Mac 2013.

Diharapkan tiada sekolah yang akan membuat penarafan IQPSS disaat-saat akhir kerana kemungkinan akan mengakibatkan kesesakan talian. Sila pastikan ruang pengesahan Guru Besar / Pengetua dan ruangan ulasan/ komen diisikan dengan baik.


Tuesday 15 January 2013

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

Bersama post ini di lampirkan Iklan Permohonan Jawatan Di Bawah Perkhidmatan Pelajaran Tahun 2013 untuk makluman dan perkongsian kita bersama.

Diharapkan semua guru dapat mewar-warkan kekosongan jawatan ini kepada anak-anak murid, sahabat, saudara dan sebagainya untuk memohon bagi mengisi jawatan ini.


Layari atau klik di sini untuk keterangan lanjut : http://www.spp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=182:peluang-pekerjaan&catid=35




Monday 14 January 2013

CABARAN GURU : THE SILENT HEROES

CABARAN GURU DI MALAYSIA 
 "THE SILENT HEROES" 
JIKA GANJARAN DUNIA YANG KAMI CARI BUKAN PROFESSION INI YANG KAMI CEBURI 

 IBUBAPA APABILA ANAK DAPAT PENCAPAIAN HEBAT 
 "SEMUA PUJI ANAK DAN KATA BERKAT USAHA ANAK DAN DOA IBUBAPA YANG IKHLAS DAN PRIHATIN PADA PEMBELAJARAN ANAK-ANAK" 

 IBUBAPA APABILA ANAK TAK DAPAT PENCAPAIAN HEBAT 
"INI SEMUA SALAH GURU SEBAB TAK MENGAJAR DENGAN BAIK, TIDAK BUAT PERSEDIAAN MENGAJAR DAN MUNGKIN TIDUR DALAM KELAS"





GURU PENDALAMAN : PENGORBANAN MEREKA UNTUK NEGARA

VIDEO INI DITUJUKAN KEPADA GURU-GURU YANG MENGAJAR DI PENDALAMAN SABAH, SARAWAK DAN SEMENANJUNG 

SESUNGGUHNYA PENGORBANAN ANDA AMAT DIHARGAI
SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA DAN BUDI ANDA
DI DUNIA DAN AKHIRAT





Thursday 10 January 2013

ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE

Kepada semua guru Negeri Perak,

Jika anda berminat untuk mendalami dan menambahkan pengetahuan di dalam Bahasa Inggeris untuk meningkatkan mutu Pengajaran dan Pembelajaran murid anda sila rujuk ke Pusat Mengajar Bahasa Inggeris di lokasi berdekatan.



Wednesday 2 January 2013

MANUAL PENGGUNA

Dengan sumbangan masa, tenaga dan pengetahuan semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer di PKG Kinta Utara kami telah menghasilkan pelbagai manual pengguna untuk pelbagai kemahiran ICT untuk membantu guru-guru dan juruteknik dalam menjalankan tugas di sekolah. Diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh semua warga KPM di daerah ini.

Segala kerjasama dan komen anda amat dihargai sepenuhnya. Berikan komen atau cadangan anda diruangan yang disediakan.

Sila klik di Koleksi Presentation untuk membuka folder manual pengguna tersebut

Terima kasih

Norul Rizal Bin Abdul Rahim
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
PKG Sungai Pari