Monday 21 January 2013

PEMANTAUAN PKG KE SEKOLAH


Kami di pihak Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari ingin menarik perhatian pihak tuan/puan agar dapat membuat persediaan untuk pemantauan bagi semua aspek pengurusan PSS, ICT, Teknopen, MBMMBI dan Nilam.

Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk mengemaskini rekod-rekod penggunaan, data sistem IQPSS (tarikh tutup Mac 2013) , I-Nilam, STS, Fail Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan lain-lain berkaitan untuk melancarkan proses pemantauan dan pelaporan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 
 
Pemantauan akan dilaksanakan mulai 4 Februari 2013 hingga 29 Mac 2013 bagi semua aspek seperti diatas, sebarang masalah sila hubungi PTP 1 PKG Sungai Pari En. Norul Rizal Bin Abdul Rahim di talian 05-2534179


Untuk rujukan instrumen sila muat turun dari link ini : http://www.4shared.com/folder/AwZo3lK4/KOLEKSI_LAIN.html

NORUL RIZAL BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Teknologi Pendidikan 1
Pusat Kegiatan Guru Sungai Pari

No comments: