Sunday 10 March 2013

RANGSANGAN OTAK MURID DENGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN MUZIK

Adalah penting bagi semua guru yang berkecimpung di dalam bidang perguruan untuk memahami kepentingan merangsang kedua-dua belah otak anak-anak didik kita di dalam kelas. Semua guru perlu sedar  kepentingan kita sebagai guru untuk merangsang kedua belah otak kiri dan kanan di dalam semua jenis aktiviti PdP sama ada di dalam kelas dan di luar kelas:


Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik
brain function
Dengan rangsangan kedua-dua belah otak maka anak-anak didik kita akan menjadi seorang murid/pelajar yang lebih rasional, berfikir secara kritis dan kreatif. Terdapat pelbagai aktiviti yang merangsang kedua belah otak diantaranya ialah Peta Minda, Origami, Lukisan Bebas, Puzzle dan pelbagai lagi..


No comments: