Monday 8 July 2013

RAMADHAN AL-MUBARAK

KAMI DI PUSAT KEGIATAN GURU SUNGAI PARI MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA

PERINGATAN:

1. JANGAN JADIKAN RAMADHAN BULAN PESTA MAKANAN
- Membesarkan makan semasa berbuka sehingga tidak ke masjid untuk beribadah.

2. JANGAN JADIKAN RAMADHAN BULAN PUNCA PENYAKIT
- Makan makanan semasa berbuka sehingga lupakan kesederhanaan dalam kehidupan manusia yang bergelar Islam, makan yang berlebihan boleh mendatangkan penyakit.

3. JANGAN JADIKAN RAMADHAN BULAN PEMBAZIRAN
- Membeli juadah berbuka yang berlebihan sehingga membazir kerana tidak dimakan (banyak sangat makanan) sedangkan sepatutnya disedekahkan kepada fakir miskin.

4. JANGAN JADIKAN RAMADHAN BULAN KERUGIAN
- Jangan merugikan diri anda dari segi kewangan dengan membeli dan berbuka secara mewah dan berlebihan, jangan rugikan diri anda dengan mementingkan berniaga di bazar ramadhan sehingga lupa bahawa anda belum solat asar dan maghrib, jangan rugikan diri anda dengan membeli makanan dari orang yang tidak menjaga urusan dengan Allah (tidak solat dan tidak tutup aurat) kerana makanan yang dibeli dari orang sebegini tidak ada keberkatan di dalamnya..

RAMADHAN ADALAH BULAN IBADAH DAN BULAN KEMENANGAN BUKAN BULAN KERUGIAN....

"KAKI KALAU DAH KERAS KEMATU, PIJAK PAKU DAN DURI NESCAYA TIDAK SAKIT, TETAPI HATI KALAU DAH KERAS KEMATU, NESCAYA TIDAK AKAN MENERIMA KEBENARAN DAN KEBAIKAN, TIDAK NAMPAK PAHALA ATAU DOSA, SEMUA PERKARA BAIK DAN JAHAT DILIHAT SAMA DAN SERUPA"

JANGAN KERASKAN HATI ANDA DI BULAN RAMADHAN INI.....

INGATLAH :

" ORANG YANG CERDIK AKAN BERIBADAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DI MALAM 10 HARI PERTENGAHAN DAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN KERANA MALAM-MALAM ITU ADALAH MALAM-MALAM PENGAMPUNAN DAN MALAM-MALAM ALLAH BERIKAN FADHILAT BESAR IAITU "LAILATUL QADAR".... TETAPI ORANG KURANG CERDIK AKAN BERIBADAH DI 10 MALAM PERTAMA DAN SIBUK PERSIAPAN BERHARI RAYA PADA MALAM-MALAM SETERUSNYA..."



No comments: