Friday 10 August 2012

KAD RAYA ONLINE : ASAS ADOBE PHOTOSHOP

Kepada semua guru :

Oleh kerana sekarang ini hari makin hampir dengan Hari Raya Aidilfitri, mungkin semua guru dan murid di dalam mood nak menyambut hari raya. Oleh yang demikian bagi guru-guru yang berminat untuk mempelajari cara-cara untuk membuat kad hari raya digital, menggunakan Adobe Photoshop secara asas..

Bermula dari 13hb Ogos 2012 hingga 15hb Ogos 2012 pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang (3 hari berturut-turut).

Anda dijemput untuk hadir ke PKG Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Ipoh, Perak untuk bimbingan khas menghasilkan sekeping kad Hari Raya Digital. Bimbingan akan dilakukan oleh PTP 1 En. Norul Rizal dan JTK En. Ruzaini, kami akan membantu dan membimbing tuan-tuan dan puan-puan... Isyaallah...

Ia dilakukan secara 'walk in', santai dan tidak formal. Tiada bengkel khas atau formal dibuat. Jika anda inginkan ilmu asas Adobe Photoshop sila bawa bersama sebuah laptop, pendrive, gambar-gambar yang ingin anda masukkan di dalam Kad Hari Raya  tersebut (keluarga atau sekolah).

Anda juga boleh muat turun gambar-gambar kad yang anda minat dari google search di bawah ini.. sila klik :

https://www.google.com.my/search?q=kad+raya+online&hl=en&safe=off&biw=1280&bih=675&prmd=imvns&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=nWogUOWSI9CtrAezjIDQCA&sqi=2&ved=0CFUQsAQ

No comments: