Monday 6 August 2012

PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU - DBP

Kepada semua guru,

Sekiranya anda berminat untuk membuat rujukan mengenai apa saja masalah bahasa, sila ke laman PRPM-DBP seperti di url ini : http://prpm.dbp.gov.my/ . Ia adalah seperti Kamus Dewan secara online dengan tambahan guru-guru boleh juga merujuk pelbagai masalah bahasa seperti peribahasa dan sebagainya.

Sila layari laman tersebut untuk maklumat lebih lanjut.

Soalan : 3/3/2012
Ada satu peribahasa yang mendapat perhatian di laman maya: Harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan yang sebenarnya Harapkan pegar, pegar makan padi..Pegar ialah sejenis burung. Masih belum diputuskan kesahihannya. Harap pihak DBP boleh memberi penjelasan tentang kemusykilan ini.

Jawapan DBP :
Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi”  (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan.

No comments: