Wednesday 8 August 2012

SISTEM AUTOMASI PS-SENTRAL (TARANTULA)

Guru-guru GPM sekalian,

Sepertimana yang kita ketahui http://btp.tarantula.my/ adalah url atau capaian bagi IQPSS dan I-NILAM, namun terdapat satu lagi sistem yang disediakan oleh tarantula ini ialah PS-SENTRAL di mana ia menyediakan satu pengkalan sistem automasi yang berpusat secara online. Ianya lebih murah dan lebih mudah digunakan oleh GPM untuk melancarkan pengurusan bahan dan lain-lain bagi PSS anda.

Bukan untuk mempromosikan supaya semua GPM perlu guna sistem ini namun setelah beberapa sekolah / GPM yang menggunakan sistem ini berbanding sistem lain, ia ternyata telah membuktikan bahawa ia lebih membantu mempermudahkan dan mempercepatkan kerja GPM di sekolah.

Ia amat sesuai bagi sekolah-sekolah yang belum lagi mempunyai sistem automasi di PSS.

Kekuatan PS-Sentral: (Kata GPM yang dah pakai PS-Sentral)
  1. Tak perlu install di PC, so tak masalah timbul kalau PC rosak, pakai je PC atau Laptop mana-mana pun.
  2. Secara online sepenunhnya, ia boleh diakses tak kira dimana pun (sekolah, rumah atau kat bus stop) janji ada capaian internet atau broadband.
  3. Selenggaraan sistem akan dibuat sepenuhnya oleh tarantula.
  4. Sebarang masalah terus hubungi tarantula untuk bantuan.
  5. Boleh diakses oleh lebih dari 5 laptop / pc dalam satu-satu masa, so kalau ada pelajar yang nak tolong buat rekod perolehan, pengkelasan buku dan sebagainya pinjam laptop sekolah atau buat je kat dalam makmal pun boleh serentak isikan, cepat dan mudah (cuma latih je pengawas pss).
  6. Latihan kepada Pengawas PSS pun tarantula akan laksanakan atas permintaan sekolah.
Kelemahan PS-Sentral: (Kata GPM yang dah pakai PS-Sentral)
  1. Masalah timbul jika capaian internet tak ada / bermasalah di sekolah, kena la buat offline (manual).
  2. GPM kena standby broadband, supaya jika talian internet sekolah bermasalah terus pakai je broadband, tapi kalau dua-dua masalah, memang 'jammed' la.. 
Namun begitu segala data di jaga dan di backup setiap hari kata ADMIN tarantula. So kalau ada apa-apa yang jadi dengan data-data tu, Tarantula akan tanggungjawab sepenuhnya. So GPM-GPM di luar sana..

FIKIR-FIKIRKAN..

No comments: