Friday 10 August 2012

TAHNIAH CIKGU : IMBUHAN RAYA DAH BANK IN

Tahniah Semua Guru Malaysia,

Untuk pengetahuan guru-guru semua Imbuhan Tahunan separuh gaji telah dimasukkan ke dalam akaun anda bermula 9hb Ogos 2012. Oleh yang demikian anda dipersilakan untuk membuat perbelanjaan demi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba.

Namun dalam berbelanja jangan leka sehingga membazir dan melampaui batas kewangan (Over Budget). Bagi guru-guru,  diingatkan bahawa 10 hari ini kita wajar menghabiskan masa untuk mencari malam lailaturqadar bukan leka dengan persiapan Aidilfitri hingga lupa segalanya yang berkaitan dengan mencari keredhaan Allah.

Tak guna jika berlangsir, berpakaian dan rumah berwajah baru sekiranya ia tidak mendapat keredhaan Allah kerana membazir adalah sahabat syaitan, tambahan pula kesibukan membuat persiapan Aidilfitri ini dibuat sehingga meninggalkan solat terawih dan lebih menyedihkan lagi jika solat fardhu juga ditinggalkan.

Jangan jadikan persiapan aidilfitri ini begitu penting sangat sehingga mengabaikan ibadah demi mencari keredhaan Allah. Para Ulama' amat bersedih hati di waktu begini kerana mereka takut dan sedih jika tidak dapat menemui ramadhan di tahun-tahun yang akan datang.

Namun masyarakat kita pula sebaliknya semakin hampir dengan aidilfitri semakin kita lupakan fadhilat ramadhan dan bersuka ria hendak menyambut aidilfitri sehingga ada yang berpesta bunga api, bernyanyi dan menari lagu-lagu aidilfitri. Perbuatan ini tidak mendatangkan keredhaan Allah malah ia mendatangkan kemurkaan Allah di bulan ramadhan yang penuh dengan keredhaan.

Wallahuallam..

No comments: